Tak Faham o.O #2

Assalamu'alaikum w.b.t.


di sini ambo nak meluahkan beberapa perkara tentang tandas atau toilet atau dalam bahasa tandasnya jamban atau lebih sopan bilik air atau rumah syaiton pun boleh. nama ambo aiman. aiman tak kesah. ok aiman tipu. bananaaaaa.


Aku ni memang jenis yang suka survey kebersihan tandas walau di mana jua. Kalau kat highway tu aku wajibkan jugak singgah tandas bila berhenti mana-mana even takde rasa nak terabur atau terselerak. ok tu bahasa sopannya.


Pendapat aku lah kan, kenapa setiap tandas mesti ada tempat kencing berdiri tu? Dahlah tengah-tengah dunia bende tu. Aku rasa macam... perlu ke? Tak logik toh. Kalau ye pun dah takleh tahan kan takkanlah sanggup kencing berdiri depan orang. Selekeh siot. Yang ni memang aku takleh terima. Tapi nak buat macamana kan. Bersyukur lah jugak sebab setakat ni tak pernah pulak aku nampak orang cangkung dan buang taik kat situ. Peh demam seminggu aku kalau jumpe orang cenggitu.


Secondly, kenapa mesti ada jamban duduk kat R&R? Menyusahkan tahu? Mesti dah berjute-jute manusia pernah duduk/kencing/berak kat situ. Geli tahu nak duduk? Dah satu kerja kencing berdiri. Tak, aku cakap ni serius. Bukan semua manusia reti jaga kebersihan tandas. Mesti ada je yang sengaja kencing bersepah-sepah. Ya,bab kebersihan tandas ni memang aku cerewet siket.  Sebab tu kalau diberi pilihan aku lebih suka dan selesa dengan jamban cangkung tu.


Ketiga, niat aku yang sebenarnya nak luahkan ketidakpuasan hati aku masa aku stop kat mana entah bebaru ni. Suke hati mak bapak manusia sorang ni aku dalam tandas dia ketuk pintu. Kalau ketuk slow-slow aku tak le kesah sangat. Ni ketuk sekuat-kuat ketuk. Nak gugur jantung aku terkejut. Nasib baik boleh tahan kalau tak entah apa aku melatah kata-kata kesat.


Kalau ye pun dah tak tahan cari la jamban lain. Macam ada satu je kan jamban kat situ. Geram pulak aku. Kalau jamban penuh pun tak reti nak sabor ke?


Citer pasal penuh ni,haaa aku ada satu kesah. Tapi tak penting pun. Saje bagitau. Masa on the way ke Langkawi haritu kitorang ada stop kat satu R&R ni untuk solat subuh. Awal tahun haritu pun kitorang singgah situ untuk solat subuh. Jamban dia punya penuh... Pehhh sepenuh-penuh alam. Berderet setiap pintu jamban, ada orang tengah tunggu. Memang ramai gila kut orang haritu. Biasa lah kan cuti sekolah. Awal tahun haritu takde pun penuh macam tu.


Peh bab jamban je berjela-jela aku elaborate. Belum bab makan lagi. haha. Aku masih nak cari mood untuk citer pasal trip aku. Tengoklah kalau rajin. InshaAllah... sekian,Assalamu'alaikum w.b.t.

ini cerita semalam.

Assalamu'alaikum w.b.t.


Pertama sekali Alhamdulillah sesangat atas anugerah yang tak ternilai. Jap eh nak bukak lagu yang bersesuaian untuk ambil mood.


Jap ye nak tutup twitter sekali. Gatal nak bukak dan baca tweet manusia yang tak berkenaan dengan haku.


Seperti yang sedia maklum,aku batch '97 dan opkos calon PMR tahun ni. Dan semalam 19 Disember adalah one of the hari yang bersejarah's dalam hidup aku. Rasanya semua yang aku kenal dah tau results aku,so tak perlulah aku gebang lelebih macam menang grammy award. haha over di situ.


Aku bangun lambat siket. Dengar azan subuh terus mandi,solat,tengok tv. Sambil tengok MHI yang berkisar tentang haiwan peliharaan yang menyighap,aku gosok baju. Dah siap pakai baju semua , aku tunggu ketibaan  ayah untuk menjemput aku ke sekolah. Maka debaran pun bermula.


OKAY BORINGGGGG. STRAIGHT TO THE POINT.


Masa Puan Hamidah bagi taklimat pasal achievement PMR this year aku tak rasa dedo sangat. Alhamdulillah, out of 215, 79 students achieve the straight A's. Alhamdulillah. GPS meningkat. Even tak capai target sekolah iaitu 1.00 (kut) at least meningkat daripada 1.22 tahun lepas kepada 1.19.


Jumlah yang dapat 8A pun ramai which is 54 orang. Near missed. But everything must be reason. Semuanya ada hikmah. Alhamdulillah. And yang membanggakan pelajar lelaki ialah KH kemahiran teknikal yang diambil oleh semua pelajar lelaki mencapao target cikgu-2 KH iaitu 100% A. Alhamdulillah. BM pun sama. Cuma sorang je dapat B dalam BM. Alhamdulillah. It's a vey great achievement i bet. Increasing a lot. Bangga jap jadi calon PMR 2012 SMKA Maahad Muar.


Bila Puan Hamidah dah habis taklimat, cikgu Hasnah pulak jemput pelajar straight A's naik pentas untuk amik slip. At that very moment my heart was pounding very fast. Sebab ikut kelas kan. Kita pun dah tau nama sebelum kita siapa bla bla bla.


Bermula dengan kelas Mujahid, Alim, Arif and then Hadi,my class.


Mase ni redho je lah. Pape pun jadik redho je. Kita dah usaha. Tiba-tiba Puan Hasnah sebut "Muhammad Ifwat Syamim Bin Musa". Masa ni aku tak tau nak describe perasaan aku. Terkejut ada. Teruja ada. Gembira ada. Bersyukur sangat.


Aku terus bangun menuju ke pentas. On the way tu lalu lah depan cecikgu. Ya Allah i can't describe betapa berseri-serinya wajah cecikgu. Yang penting aku bahagia tengok muka cecikgu masa tu. Semua senyum sambil ucap tahniah. Terharu pun ada. Especially bila cikgu yang ajar kita sendiri ucap tahniah tu. Aku speechless. Ya Allah kenapalah aku speechless masa tu. Kalau boleh aku nak ucap terima kasih, tapi takut kacau majlis pulak tu kan. So aku hanya boleh tunduk dan senyum kat cecikgu kat situ.


Sampai je pentas aku dah mula gelabah. Haha aku memang stage freak gila punya orang. Aku memang jenis tak suka naik pentas. Even dapat anugerah yang membanggakan. Masa ni dah menggigil dah. Dari jauh dah dengar Puan Hamidah ucap," Tahniah baaannnggggg". Aku lupe aku balas terima kasih ke tak. Pastu kene amek gambar pulak. Siryes mesti cam orang bodo je aku senyum tengok camera. Dahlah tengah gelabah gila.


Lepas tu kene stay atas pentas dengan kawan-2 lain. Mase tu aku memang tak fikir apa-apa. Aku macam... aku dengan kahidupan aku je,lantak lah life orang lain. Sampai budak kelas aku yang dapat 9A pun aku tak tau. Yang laki tau lah,yang pompuan tau sesiket je. Tapi sempat jugak lah ucap tahniah kat kawan-2 lelaki yang turut menyertai kami di atas. Alhamdulillah...


Allahuakbar! Allah maha besar. Aku taktaulah,maybe bagi orang lain ini benda biasa. Tapi bagi aku,this is such a great rezeki i got from Allah ta'ala. Aku bersyukur sangat. Tapi oleh kerana masetu excited,aku tak fikir banyak sangat. Balik rumah baru aku sedar yang ni adalah nikmat Allah yang sementara. Alhamdulillah sempat sujud syukur.


Dan tadi,lepas zuhur. Aku terfikir balik... Subhanallah,there's must be a reason kenapa Allah bagi aku rezeki ni. Mungkin Allah nak uji tahap iman aku. Nak tau aku reti tak bersyukur. Menangis-nangis aku sebab aku malu. Aku takut Allah bagi sebab Allah taknak dengar permintaan aku,so Dia bagi je apa yang aku mintak.
So aku just mintak,pape pun results aku,aku nak Allah berkatinya. Aku taknak lalai,lupa diri,lupa Allah. This is all Allah's gift. Subhanallah :')


Akhir kalam,i would like to give a big thanks to my parents, cecikgu, kengkawan, dan sesiapa sahaja yang telah membantu aku sama ada secara zahir atau mendoakan. Allah maha besar. Semoga Allah membalas segala jasa cecikgu yang banyak berbakti kepada kami. Terima kasih cikgu. Allah bless uols. Semoga rezeki bertambah-tambah. Bahagia dunia-akhirat. Aamiin. Terima kasih cikgu!



Bagi yang sangkut 2-3-4 subjek tu ke. Ketahuilah bahawa pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Allah sayang kita. Kita jangan putus asa. Manusia merancang. Allah pun merancang. Indeed,perancangan Allah yang paling terbaik sekali amat sungguh sangat badai sudah cukup sudah nirwana band. Okay sengaja hiperbola. Allahuakbar! Bersyukur lah apa yang kita terima ok. Kita semua dah usaha. Allah yang menentukan. Jangan risau, SPM masih ada. Let's struggle to achieve the best for SPM 2014. Semoga kita dapat pecah rekod baru lagi! InshaAllah. Aamiin. Allahuakbar!


Yang berjaya tu jangan pulak sombong. Ini semua sementara. Just bersyukur je. Ini hanyalah pinjaman dunia.


Yang sangkut 2-3-4 subjek tu, jangan rasa bersalah. Okay kalau aku,aku pun rasa bersalah sebab kite dah bagi harapan kat orang kan? Tapi ketahuilah, macam mana pun results korang, parents korang tetap bangga dengan korang. Tak kira berapa A kita dapat. Itulah mulianya ibu bapa. Jangan sedih. Jangan give up. Hidup kita macam roda. Kejap ada kat atas,kejap kat bawah. Just move on. Allah maha adil. Perjalanan still jauh. SPM lebih penting. InshaAllah.


Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...


Sekian, Assalamu'alaikum w.b.t :)